Kata Aluan

IMG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dengan rendah diri dan penuh kesyukuran saya secara peribadi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada saya dan barisan Jawatankuasa semasa Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Pulau Pinang kali ke 38 pada 24 Mei 2014 yang lalu.

Sesungguhnya saya begitu menghargai keyakinan dan harapan daripada semua pihak untuk saya terus mencurahkan khidmat dan bakti demi Persatuan kita, Saya juga sentiasa mengharapkan doa, sokongan dan kerjasama yang berpanjangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab besar yang telah diamanahkan.

Moga-moga Ahli-Ahli akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada Persatuan ini yang sama-sama kita dokong. Saya juga mendoakan agar Ahli-Ahli sentiasa mendapat perlindungan Allah swt dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga Allah memberkati perjuangan kita.

Wassalam

DATO HAJI MOHAMED FADZILL BIN HASSAN,DIMP,PJK