Piagam Persatuan

  • Mewujud dan memastikan ahli-ahli supaya lebih bertanggungjawab, komited dan aktif dalam bidang pembinaan ke tahap kontraktor cemerlang.
  • Mengutamakan pembinaan yang bermutu tinggi, penjimatan kos dan menepati masa serta memuaskan pelanggan.
  • Sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan dan agensi-agensi kerajaan terutama yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.
  • Menjamin kontraktor Melayu supaya sentiasa menyokong dan menghargai dasar-dasar dan usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan negara.
  • Melahirkan kontraktor yang berkualiti seiring dengan hasrat kerajaan menuju negara maju.
  • Komited dalam membantu menyelesai dan mengurangkan permasalahan kontraktor Melayu secara keseluruhan.
  • Memantau dan menyelaras aktiviti kontraktor Melayu di seluruh negara.